10 Tips Tangani Kebosanan di Rumah

Bismillah...

Kebosanan melanda? kenapa perlu bosan bila banyak perkara atau benda baru dan lama yang kita boleh buat. Jika kita konsisten buat perkara dan benda yang kita suka, kemungkinan besar akan jadi sumber pendapatan anda pula. Tapi harus di ingat, ianya harus konsisten dan perlu yakin.

Antara sebab anda perlu membuang jauh rasa bosan anda adalah kerana ianya tidak baik untuk kesihatan. Hahaha

Baiklah, ini antara beberapa cara sis larikan diri dari rasa kebosanan yang pasti jimat dan mampu buat.

1. Masak dan makan

Masak adalah satu terapi yang bagus, kerana anda mengeluarkan idea secara spontan dan anda sedang berkarya dengan menghasilkan masakan yang sedap dan unik. Bila siap masak, cuba ambil gambar dan up dalam instagram. Tambah resepi dan cara-cara memasak, kerana mungkin ramai yang ingin tahu tentang masakan yang anda masak. Makan dan luahkan sekali rasanya, pasti ramai yang ingin tahu. Dengan cara ini anda dapat banyak kawan, ramai follower, rasa kepuasan dalam hati.

2. Main dengan anak-anak

Kalau yang ada anak-anak macam sis, terapi paling bagus dan baik untuk diri. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama, ontohnya mewarna, melukis menyanyi dan pelbagai aktiviti yang pastikan kita dan anak-anak sama suka

3. Menulis, blogger, Facebook, Diari

Kalau yang suka menulis pula, bolehlah cuba untuk mula menulis sesuatu yang kita suka. Resepi contohnya, cuba bukukan dalam satu buku yang mana tujuannya adalah jadi panduan kita pada masa akan datang ataupun sebagai panduan anak-anak kita kelak.

4. Dekorasi rumah, diy bilik tidur

Dekorasi rumah atau diy bilik tidur adalah aktiviti yang sis paling suka. Sis boleh dekorasi rumah, ubah sana ubah sini ikut kesesuaian semasa dan keselesaan. Diy macam-macam dan pastikan murah dan menarik ya

5. Kemas Rumah

Rumah yang ada anak-anak kecil, memang akan sentiasa perlu dikemas dek kerana anak-anak kecil aktif la sangat selongkar sana sini. Selain itu, rumah kita perlu sentiasa dikemas untuk mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diingini berlaku

6. Sapu Halaman

Halaman yang luas siapa tidak suka kan, kalau suka halaman luas tapi tak ada masa bersihkannya haaa masa ni kita gunakan untuk kemas halaman tu. Macam rumah sis ni, ada halaman yang sentiasa ditaburi dengan dedaunan mangga yang akan gugur setiap hari. huwaaaaaaaaaa, tap ibuah mangga ni sodappp

7. Exercise follow dalam youtube

Exercise ni sis paling suka juga, sebab selain dapat tambah stamina kita juga boleh keluarkan peluh. Awet muda tau banyak bergerak ni. Hihihi

8. Melukis, Doodle

Cubalah untuk sesuatu yang baru, seperti melukis atau lukis doodle. Banyak panduan dalam pinterest.com

10. Dengar lagu, tengok drama

Dengar lagu yang kita suka boleh hilangkan tekanan tau, tapi cuba dengar instrumental klasik. Kita akan lebih rasa tenang. Tengok drama? pilihlah drama yang kita suka ya, hihi

Itulah sebahagian daripada tips dan cara sis hilangkan rasa kebosanan dalam diri. Suri rumah sempat bosankah? haaa sempat, bila sudah letih dan penat mengurus rumah tangga dan anak-anak yang aktif. Ambil waktu untuk diri sendiri, recharge energy dan emosi giteww

Comments

Popular Posts