10 Tips Tangani Kebosanan di Rumah
Bismillah... Kebosanan melanda? kenapa perlu bosan bila banyak perkara atau benda baru dan lama yang kita boleh buat. Jika kita konsisten buat perkara dan benda yang kita suka, kemungkinan besar akan jadi sumber pendapatan anda pula. Tapi harus di ingat, ianya harus konsisten dan perlu yakin. Antara sebab anda perlu membuang jauh rasa bosan anda adalah kerana ianya tidak baik untuk kesihatan. Hahaha Baiklah, ini antara beberapa cara sis larikan diri dari rasa kebosanan yang pasti jimat dan mampu buat. 1. Masak dan makan Masak adalah satu terapi yang bagus, kerana anda mengeluarkan idea secara spontan dan anda sedang berkarya dengan menghasilkan masakan yang sedap dan unik. Bila siap masak, cuba ambil gambar dan up dalam instagram. Tambah resepi dan cara-cara memasak, kerana mungkin ramai yang ingin tahu tentang masakan yang anda masak. Makan dan luahkan sekali rasanya, pasti ramai yang ingin tahu. Dengan cara ini anda dapat banyak kawan, ramai follower, rasa kepuasan dalam ha...